Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Cinta Ilmu 📖

Bismillah. Kepada kalian yang membaca, moga sentiasa dinaungi rahmat dan petunjuk Allah. Malam ni aku terpanggil untuk berkongsi tentang kepentingan menuntut ilmu meskipun diri diratah usia yang semakin  meningkat. Untuk makluman kalian , aku dan keluarga sedang bercuti di Pulau Pangkor, Perak selama 3 hari 2 malam. Kami turut menjemput bapa dan ibu saudara (Pak Jang dan Mak Jang) sebagai pelengkap rombongan kerana mereka berdua antara ahli keluarga yang sangat rapat dengan kami. Dan Alhamdulillah, petang tadi dapat kami meneroka beberapa buah pulau dengan menaiki bot sewaan. Aktiviti pantai pun tidak ketinggalan. Bersuka ria, bergelak tawa dan menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan. Kecantikan yang sungguh menawan! Dan bila bercuti di sesuatu tempat, keluarga aku lebih suka mengutamakan masakan sendiri berbanding makan di luar. Lebih meyakinkan untuk dimakan dan lebih sedap menikmati air tangan keluarga berbanding masakan orang yang tidak dikenali. Maklumlah, 'style' oran