Ada Apa Dengan Bertunang?
Assalamualaykum semua. 🤗 Rasanya sudah lama blog ini menyepi hahahaha. Kekangan masa dan juga lambakan aktiviti pengajian membantutkan sedikit sebanyak penulisan dan post di sini. BERTUNANG : ADAT VS MODENISASI 💍 Kelmarin, sepupu aku di sebelah ibu telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, saudara Aiman. 🤵🏻 Kami yang merupakan team Perlis ini menyambut ketibaan rombongan pihak lelaki dari Negeri Sembilan! Jauh juga jodoh sepupu kali ini hahahahaha. Benarlah kata orang-orang tua, "Jodoh itu tidak mengenal jarak dan usia". 💗💗💗 Sempena aku pulang bercuti semester di rumah ini, maka Pak Ngah (ayah sepupu yang bertunang) meminta aku untuk mengendalikan sesi bacaan tahlil dan juga doa selamat. Ini kerana ayah kepada Aiman baru saja meninggal dunia. Kalau diikutkan, jadual pertunangan ini lebih awal, tetapi disebabkan ayahnya yang sakit lalu meninggal dunia, maka ditangguhkan seketika untuk menghormati perasaan mereka yang kehilang