Pemurahnya Allah 💕
Bismillah. 📖 Moga kalian yang membaca dalam keadaan sihat dan kebaikan sentiasa. Zaman sekarang ni, hidup sebagai seorang pelajar agak sukar. Tambahan pula bila tak dapat elaun dan bantuan kewangan serta hanya bergantung pada duit yang diberi mak ayah sebagai duit belanja. Alhamdulillah, mak ayah aku dua-dua dah pencen. Tapi, aku still malu untuk minta duit bila poket kering. Malu sebab segala yang berkaitan dengan duit ni agak sensitif. Maklumlah, aku bukan anak Aliff Syukri. Mak aku pencen as kerani dan ayah sebagai penerbit rancangan. Tapi, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang secukupnya kepada keluarga aku sampailah badan aku berisi macamni kahkahkah. 😳 Point yang aku nak highlight sebenarnya ialah KEKUATAN SEDEKAH ! Aku ceritakan pengalaman aku bukan untuk membangga diri tapi untuk suntikkkan semangat kepada hampa utk berbuat kebaikan yang sama. 🌹 Pada suatu hari Jumaat, duit dalam dompet aku tinggal RM5 saja. Aku pun fikir, RM5 ni boleh beli makanan tengahari dan