Pengorbanan 🌹
Setiap kejayaan perlu kepada pengorbanan. Dan setiap pengorbanan, akan ada cabaran dan dugaan.
Itulah lumrah hidup insan.
Berpaut pada hikmah Tuhan.
Berpaut pada hikmah Tuhan.
Aku dan kau,
Masing-masing sedang berkorban.
Masing-masing sedang berkorban.
Berkorban untuk membuktikan ketulusan,
Berkorban untuk melakar setiakawan,
Berkorban untuk berpaksi kebenaran.
Berkorban untuk melakar setiakawan,
Berkorban untuk berpaksi kebenaran.
Moga pengorbanan ini,
Tidak bertopengkan kepentingan,
Melingkar dalam hati yang penuh pendustaan.
Tidak bertopengkan kepentingan,
Melingkar dalam hati yang penuh pendustaan.
Biarlah pengorbanan itu sunyi,
Kerna orang tidak mahu tahu
apa yang kau disakiti dan dicaci,
Apa yang kau hadapi dalam hari-hari yang membenci,
Mereka hanya memasang telinga
hanya pabila engkau peroleh apa yang diimpi.
Kerna orang tidak mahu tahu
apa yang kau disakiti dan dicaci,
Apa yang kau hadapi dalam hari-hari yang membenci,
Mereka hanya memasang telinga
hanya pabila engkau peroleh apa yang diimpi.
Itulah sifat pengorbanan sejati.
Kabur di mata manusia ,
Jelas di mata mereka yg sentiasa di sisi.
Kabur di mata manusia ,
Jelas di mata mereka yg sentiasa di sisi.
Ulasan
Catat Ulasan