10 Nasihat Imam Ibnu Qayyim Dalam Bersabar Berdepan Maksiat

10 NASIHAT IMAM IBNU QAYYIM DALAM BERSABAR BERDEPAN MAKSIAT

Maksiat kepada Allah hanyalah membuatkan rezeki kita tertutup, hati kita tidak tenang, fikiran kita kusut, masa yang tidak barakah serta wajah yang muram. Mari kita hayati nasihat di bawah.

علم العبد بقبح المعصية ورذالتها و دناءتها وأن الله حرمها ونهى عنها صيانة وحماية للعبد عن الرذائل..
كما يحمى الوالد الشفيق ولده عن ما يضره.
(1) PERTAMA, hendaklah seorang hamba Allah itu menyedari betapa buruk, hina dan rendah perbuatan maksiat. Dan hendaklah dia memahami bahawa Allah mengharamkan serta melarangnya kerana mahu menjaga hambaNya daripada terjerumus dalam perkara-perkara keji dan rendah. Sebagaimana penjagaan seorang ayah yang sangat sayang kepada anaknya dan menjaga anaknya itu agar tidak terkena sesuatu yang membahayakannya.
الحياء من الله... فإن العبد متى علم بنظر الله إليه ومقامه عليه وأنه بمرأى من الله و مسمع كان حييا يستحي أن يتعرض لمساخط ربه. والحياء أن تنفتح في قلبك عين ترى بها أنك قائم بين يدي الله.
(2) KEDUA, merasa malulah dengan Allah. Kerana apabila seseorang hamba menyedari pandangan Allah yang selalu mengawasi dirinya dan betapa tinggi kedudukan Allah di matanya, serta menyedari bahawa perbuatannya dilihat dan didengar Allah, sudah pasti dia akan merasa malu apabila melakukan hal-hal yang menimbulkan kemurkaan Rabb-nya. Rasa malu itu menyebabkan terbukanya mata hati yang membuat kamu boleh merasakan seolah-olah kamu berada di hadapan Allah.
مراعاة نعم الله عليك و إحسانه إليك :
فإذا كنت في نعمة فارعها *** فإن المعاصي تزيل النعم..
من أنعم الله عليه بنعمة فلم يشكرها عذبه الله بذات النعمة.
(3) KETIGA, sentiasa menjaga nikmat Allah yang dilimpahkan kepadamu dan mengingati segala perbuatan baik-Nya kepadamu. Apabila engkau diberikan limpahan nikmat, maka jagalah diri dari maksiat, kerana maksiat akan membuatkan nikmat itu hilang dan lenyap. Sesiapa yang tak mahu bersyukur dengan nikmat yang Allah telah bagi kepadanya, maka dia akan diseksa dengan nikmat itu sendiri.
الخوف من الله و خشية عقابه.
(4) KEEMPAT, merasa takut kepada Allah dan risau ditimpakan hukuman-Nya ke atas kita.
حب الله.. فإن المحب لمن يحب مطيع...
.. إنما تصدر المعصية من ضعف المحبة.
(5) KELIMA, mencintai Allah kerana seorang kekasih tentu akan mentaati sesiapa yang dikasihinya. Sesungguhnya maksiat itu muncul disebabkan lemahnya rasa cinta.


شرف النفس وزكاؤها وفضلها وحميتها.. فكل هذا يجعلها تترفع عن المعاصي.
(6) KEENAM, menjaga kemuliaan dan kesucian diri serta memelihara kehormatan dan kebaikannya. Sebab perkara-perkara inilah yang akan boleh membuat diri kamu merasa mulia dan rela meninggalkan pelbagai perbuatan maksiat.
قوة العلم بسوء عاقبة المعصية وقبح أثرها والضرر الناشئ منها من سواد الوجه وظلمة القلب وضيقه وغمه. .. فإن الذنوب تميت القلوب.
(7) KETUJUH, memiliki kekuatan ilmu tentang betapa buruknya kesan perbuatan maksiat serta buruknya akibat yang ditimbulkannya serta bahaya yang muncul setelahnya. Iaitu betapa muramnya wajah, kegelapan dan sempitnya hati serta gundah gulana yang menyelimuti hati. Ini kerana dosa-dosa itu membuat hati menjadi mati.
قصر الأمل ويعلم الإنسان أنه لن يعمر في الدنيا ويعلم أنه كالضيف فيها وسينتقل منها بسرعة فلا داعي أن يثقل حمله من الذنوب فهي تضره ولا تنفعه.
(8) KELAPAN, membuang dan menghentikan angan-angan yang tidak berguna. Dan hendaklah setiap insan menyedari bahawa dia takkan tinggal selamanya di dunia (ingat pada kematian). Dan semestinya dia sedar kalau dirinya hanyalah sepertimana tetamu yang singgah di sana dan akan segera berpindah darinya. Sehingga takda sesuatupun yang akan mendorong dirinya untuk semakin menambah berat tanggungan dosanya, kerana dosa-dosa itu jelas akan membahayakan dirinya & sama sekali takkan memberi apa-apa manfaat.
مجانبة الفضول في مطعمه ومشربه وملبسه فإن قوة الداعي إلى المعاصي إنما تنشأ من هذه المفاضلاتº ومن أعظم الأشياء ضررا على العبد.... بطالته وفراغه... فإن النفس لا تقعد فارغة
.. إن لم يشغلها بما ينفعها شغلته بما يضره..
(9) KESEMBILAN, hendaklah menjauhi sikap berlebihan dalam hal makanan, minuman dan pakaian. Kerana sesungguhnya, besarnya semangat untuk melakukan maksiat hanyalah muncul daripada sikap berlebihan dalam perkara tadi. Dan di antara sebab terbesar yang menimbulkan bahaya bagi diri seorang hamba adalah waktu lapang yang dimiliki. Kerana jiwa manusia takkan pernah mahu duduk diam tanpa sebarang perbuatan. Apabila tak disibukkan dengan perkara bermanfaat, maka tentulah dia akan disibukkan dengan perkara berbahaya (maksiat) baginya.
السبب الأخير هو السبب الجامع لهذه الأسباب كلها. وهو ثبات شجرة الإيمان في القلب..
فصبر العبد عن المعاصي إنما هو بحسب قوة إيمانه فكلما كان إيمانه أقوى كان صبره أقوى.. وإذا ضعف الإيمان ضعف الصبر..
ومن ظن أنه يقوى على ترك المخالفات والمعاصي بدون الإيمان الراسخ الثابت فقد غلط.
(10) Sebab terakhir adalah sebab yang merangkum sebab-sebab di atas iaitu kekukuhan pohon keimanan yang tertanam kuat di dalam hati. Maka, kesabaran seorang hamba untuk menahan diri dari perbuatan maksiat itu sangat bergantung kepada kekuatan imannya. Setiap kali imannya kukuh, maka kesabarannya pun kuat. Dan apabila imannya lemah, maka kesabarannya pun akan lemah. Dan sesiapa yang menyangka bahawa dia akan sanggup meninggalkan pelbagai penyimpangan dan perbuatan maksiat tanpa berbekalkan keimanan yang kukuh, maka sungguh dia telah keliru.
عشر نصائح لابن القيم للصبر عن المعصية

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bustan al-Salatin : Karya Emas al-Raniry

Pemurahnya Allah 💕

Cinta Ilmu 📖