Pemurahnya Allah 💕

Bismillah. 📖
Moga kalian yang membaca dalam keadaan sihat dan kebaikan sentiasa.

Zaman sekarang ni, hidup sebagai seorang pelajar agak sukar. Tambahan pula bila tak dapat elaun dan bantuan kewangan serta hanya bergantung pada duit yang diberi mak ayah sebagai duit belanja.

Alhamdulillah, mak ayah aku dua-dua dah pencen. Tapi, aku still malu untuk minta duit bila poket kering. Malu sebab segala yang berkaitan dengan duit ni agak sensitif. Maklumlah, aku bukan anak Aliff Syukri. Mak aku pencen as kerani dan ayah sebagai penerbit rancangan.

Tapi, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang secukupnya kepada keluarga aku sampailah badan aku berisi macamni kahkahkah. 😳

Point yang aku nak highlight sebenarnya ialah KEKUATAN SEDEKAH!

Aku ceritakan pengalaman aku bukan untuk membangga diri tapi untuk suntikkkan semangat kepada hampa utk berbuat kebaikan yang sama. 🌹

Pada suatu hari Jumaat, duit dalam dompet aku tinggal RM5 saja. Aku pun fikir, RM5 ni boleh beli makanan tengahari dan boleh jugak letak dalam tabung masjid waktu solat Jumaat. Ya, sepertimana yang hampa jangkakan, fikiran aku lebih cenderung untuk beli makanan (majoriti undi menang dekat perut). 😌

Tapi dalam hati comel aku berkata "Adlin, sedekah ajelah duit tu".

Aku pun pertimbangkan balik niat untuk beli makanan. Dan akhirnya, aku tukar hasrat dari makanan kepada tabung masjid. Sebabnya, aku yakin dengan janji Allah dan Rasul-Nya bahawa sedekah takkan mengurangkan harta bahkan akan menambahkannya lagi dalam bentuk yang kita tak jangka.

Dan nak dijadikan cerita, sepupu lelaki aku chat aku di Whatsapp untuk jumpa aku di tempat aku belajar (UM Nilampuri) pada malam tersebut.

Sepupu aku ni kahwin dengan orang Kelantan dan mereka jalankan perniagaan alat kosmetik dan kedai baju wanita . Bila sebut orang bisnes ni, duit mesti berkepuk-kepuk ye dok huhuhu.💰

Dan malam tu, dia datang bersama dengan isteri dan adik ipar. Aku pun bersembang dan membuka cerita tentang sejarah tempat aku belajar ni walaupun tahu sikit-sikit aje hahahaha.

Setelah habis sembang dan berborak, kami bersalaman dan dia hulurkan note RM100 dekat aku. Aku pun tanya, duit apa ni der?
(Actually tahu dah duit belanja 😝)

Sepupu aku senyum dan berkata,
"Duit ni buat belanja makan. Aku tahu hidup students ni macam mana."
Kami pun berhuhuhaha sampailah dia naik kereta Honda City yang dia baru beli dan terus meluncur laju meninggalkan UM Nilampuri.

Pada awalnya, aku tak sedar yang RM100 ni sebenarnya hadiah yang Allah gantikan untuk RM5 yang aku sedekah di masjid siang tadi. Apabila sedang berjalan menuju ke bilik, barulah aku sedar yang Allah tidak pernah memungkiri janji Dia. Dan kata-kata Nabi SAW adalah benar belaka! Subhanallah ❤

Hampa please jangan salah faham.
Sebenarnya, janganlah kita berharap sedekah kita dibayar cash oleh Allah SWT dengan wang dan harta bernilai. Tetapi ikhlaskanlah sedekah kita itu agar dapat beri kebaikan dan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Sikap manusia ialah memandang sesuatu pembalasan material sebagai balasan yang terbaik. Padahal Allah SWT telah mengurniakan kesihatan yang bagus, rezeki yang tidak putus-putus, masa yang barakah, deria pendengaran dan penglihatan yang jelas serta bermacam lagi nikmat lain yang kita tak sedar.

Inilah sebenarnya kesilapan kita dalam menilai hadiah yang Allah ganjarkan di atas kebaikan yang kita buat.

Andaikanlah,
Jika Allah tarik nikmat kesihatan,
kita demam panas dan terpaksa merujuk kepada doktor di klinik dan hospital. Tidakkah kita juga yang rugi wang, masa dan tenaga? Maka wajarlah Allah menganugerahkan segala yang tersirat buat manusia supaya mereka berfikir hikmah yang cukup cantik Tuhan telah aturkan.

Dan antara prinsip aku ,
Kalau ada duit lebih sedikit, aku akan belanja makanan dekat kawan yang bertuah.

Ini sebenarnya ajaran yang ayah aku terapkan dalam diri aku sejak aku kecil. Aku membesar dengan melihat ayah aku yang kerap mengadakan kenduri sebagai
sedekah kepada rakan-rakannya dan saudara-mara.

Bila ditanya dekat ayah aku ,
"Kenapa abah suka belanja orang makan?"

Dia lafazkan satu ayat yang cukup bermakna dan melekat di ingatan aku sampai sekarang.

"Kita walaupun susah, sedekah itu adalah jalan pemudah. Nabi dulu pun suka sedekah, kenapa kita nak berpaling arah?"

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bustan al-Salatin : Karya Emas al-Raniry

Cinta Ilmu 📖