Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

TIPS PERGAULAN INSANI GAYA RASULULLAH

Imej
Setiap manusia sememangnya menginginkan yang terbaik dalam kehidupan sehariannya. Lebih-lebih lagi dalam aspek pergaulan sesama manusia dalam konteks bersosial dan bermasyarakat. Yelah, setiap hari kita akan bersua muka dengan rakan, guru, ahli keluarga dan masyarakat. Pernahkah kita terfikir bagaimana cara Rasulullah bergaul dan membahagiakan hati mereka yang berjumpa dengan baginda? PERTAMA Pembaca yang budiman, kita perlu memperbetulkan pemikiran dan mindset kita bahawa tidak perlu untuk kita takut merekacipta pendekatan bergaul. Hal ini kerana pembaharuan metode pergaulan atau aspek sosial bukanlah tergolong dalam ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain. Justeru, gelaran bid'ah yang dimomokkan masyarakat tidak terpakai kepada perkara ini. Oleh itu, ruang kreativiti dan inovasi terbuka luas untuk kita sendiri mengkaji apakah tindakan dan pendekatan yang terbaik dalam bergaul bersama insan lain. Pergaulan adalah perkara yang fleksibel dan anjal kerana Rasulul

Bustan al-Salatin : Karya Emas al-Raniry

Imej
Dalam membicarakan sejarah peradaban Melayu yang agung, kita tidak akan terlepas dari membaca mengenai kehebatan kerajaan Aceh Darussalam dalam mengekalkan pemerintahan mereka dalam satu tempoh masa yang agak lama. Bukan sekadar itu, usaha-usaha yang dilakukan oleh pemerintahan Aceh juga membuatkan kita terfikir apakah rahsia yang mendorong para sultan mereka dalam memimpin sebuah kerajaan yang berjaya membangunkan sistem pendidikan yang efektif, aspek ketenteraan yang mampan dan sebagainya.    Namun, rahsia tersebut bukanlah perkara tersembunyi semata-mata. Ianya berupa beberapa karya ketatanegaraan yang dihasilkan para ilmuan Aceh sebagai panduan kepada pemerintah. Ya, hanyalah tinta dakwat yang meresap dalam kertas namun ia turut meresap dalam jiwa dan sanubari para pemimpin Aceh!    Bustan al-Salatin dihasilkan demi tujuan itu. Namun, sebahagian pengkaji juga menyatakan karya ini juga memuatkan cerita dan kisah sejarah Islam dan dikira sebagai manuskrip sejarah. Ini berikutan sebah