Nota Muzakarah Al-Fateh Siri 1 📚

NOTA MUZAKARAH AL-FATEH 📚
SIRI 1

"Ramadhan Bakal Berakhir : Tangis atau Senyum?"
Speaker : Sdr. Hazeem Hazman



🔰 Bagaimana cara Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama' menyambut ketibaan Ramadhan?

📌 Mereka dah bersedia 6 bulan sebulan ketibaan Ramadhan
📌 6 bulan sebelum itu, mereka  berdoa pada Allah supaya pertemukan mereka dgn Ramadhan. Dan dalam Ramadhan dan selepasnya, mereka berdoa "Terimalah doa kami dalam bulan Ramadhan ini dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan yang seterusnya."
📌 Mereka ini bersungguh-sungguh bertaubat & memohon ampun kepada Allah. Sebab dengan taubat, mereka rasa diri makin dekat dengan Allah. Jadi, mereka boleh rasa kemanisan dalam beribadah. Melalui itu juga, depa berupaya rasa keringanan dalam beribadah.
📌 Mereka juga sentiasa menjaga kesihatan diri. Kesihatan inilah yang membolehkan diri mereka berpuasa. Jika sakit, puasa tak dapat dilaksanakan.
📌 Mereka berserah & bertawakkal kepada Allah. Sekadar berusaha tanpa tawakkal adalah etika yg tidak baik walaupun urusan itu baik.

🔰 Kenapa kita perlu memperbanyakkan amalan ibadah di Ramadhan?

📌 Umat Nabi SAW umurnya pendek dan singkat, antara 60-70 tahun. Ini berbeza dengan umat-umat sebelum ini iaitu ada yang umurnya mencecah ratusan tahun. Jadi, tak adil untuk umat Nabi yang umurnya pendek maka ibadahnya sedikit.
📌 Amalan wajib digandakan sehingga 70 kali ganda. Amalan sunat pula setara dengan pahala amalan wajib. Inilah perbandingan pahala dalam Ramadhan dan bulan bukan Ramadhan. Sangat menguntungkan!
📌 Jika diikutkan, amalan wajib kita tak banyak. Cara bagaimana nak perbanyakkan amalan wajib ialah kita bernazar untuk melakukan sesuatu amalan. Maka apabila bernazar, amalan itu menjadi wajib maka pahalanya akan dilipatgandakan. #Ramadhanhacks
📌 Halawatul iman (kemanisan iman) dapat diraih jika kita minat dan suka. Maka Ramadhan ini perlu utk diminati, disukai dan diterujai berada di dalamnya.
📌 Puasa bukan sekadar tahan lapar, tapi tundukkan nafsu dan pertingkatkan taqwa.
📌 Kemanisan itu dapat diraih apabila kita berusaha dan bersusah payah melakukan ibadah. Dan ikhlas adalah satu tanda kemanisan yg terbit dari ibadah.
📌 Kemanisan iman ini ialah ikhlas dan ikhlas ialah puncak kpd amalan ibadah.
📌 Beramal sebanyak mungkin. Apabila amalan sudah sebati, maka kita takkan lagi berasa terbeban.
📌 Pada mulanya, buat banyak ibadah memang terasa berat, tapi bila sudah lama berlatih maka ia akan menjadi ringan. Itulah signifikan Ramadhan.

🔰 Apakah tanda lailatul qadr, dan apakah hikmah malam tersebut drirahsiakan?

📌 Halawatul iman adalah tanda kekuatan rohani kita. Kekuatan inilah yg mendorong kita melakukan amal salih.
📌 Bila sudah masuk 10 hari terakhir Ramadan, kebanyakan orang-orang muda dah berkurang di masjid dan orang-orang tua sebaliknya. Ini sebab orang-orang tua ini sudah merasa nikmat kelebihan beribadah. Bila dah peroleh halawatul iman, tiada apa yang dapat menghalang seseorang hamba itu dari keseronokan ibadah.
 ðŸ“Œ Muhasabah dan refleksi balik diri kita ini, adakah amalan kita sudah mencukupi?
📌 Tips untuk beribadah banyak ialah usaha untuk iftar dengan sedikit makanan untuk elakkan malas beribadah dan rasa terbeban pada malam Ramadhan.
📌 Amalkan Selawat Dhomir (ringkas serta ganjaran) اللهم صل عليه
📌 Hikmah disembunyikan lailatul qadar itu supaya manusia gigih mencari dan beribadah di malam al-Qadar. Kalau malam itu manusia dah tahu bila, maka manusia hanya akan tertumpu beribadah pada d malam tersebut dan meninggalkan ibadah pada malam yang lain. Dan tiada apa yang special tntang malam itu.
📌 Beribadat pada semua sepuluh malam itu, inshaallah akan terkena satu malam al-Qadr.
📌 Petunjuk alqadar diberikan oleh nabi dan para ulama.
Tanda² Lailatul Qadar :
1) Bulan terbit seperti potongan bekas air (bulat yang dipotong)
2) Suasana malam itu tidak panas dan tidak sejuk. Anginnya selesa.
3) Pada pagi hari, matahari yang terbit tak terlalu terik dan sinarannya tak terlalu silau.
📌 PakSu Mid tegur, kita masuk bulan puasa jangan jadi hamba Ramadhan, keluar bulan puasa jadi pendosa semula. Jangan begitu.
📌 Doa pada Allah supaya kita ini dikurniakan istiqamah dalam kebaikan.
📌 Lakukan amalan untuk raih redha Allah, bukan semata-mata nak meraih ganjaran.

#muzakarahAlFateh
#siri1
#hazeemhazman

*Muzakarah AlFateh adalah satu platform perkongsian dan percambahan pelbagai bidang ilmu yang dikhususkan buat alumni SMK Agama Arau SPM tahun 2017 sahaja (Batch Al-Fateh). Speaker-speaker yang mengisi ruang slot dalam Muzakarah AlFateh adalah terdiri daripada ahli batch AlFateh sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bustan al-Salatin : Karya Emas al-Raniry

Pemurahnya Allah 💕

Cinta Ilmu 📖