Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Abah 💞

Imej
Bismillah .🤗 Apa khabar kalian semua? Moga Allah sihatkan kalian yang sakit, Allah kuatkan kalian yang lemah dan Allah permudahkan urusan kalian yang rumit. (كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ) [Surat Ali Imran 185] " Tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati , dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu . Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya . Dan ( ingatlah bahawa ) kehidupan di dunia ini ( meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya ) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya ." Rasulullah SAW bersabda : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَع

Cinta Ilmu 📖

Bismillah. Kepada kalian yang membaca, moga sentiasa dinaungi rahmat dan petunjuk Allah. Malam ni aku terpanggil untuk berkongsi tentang kepentingan menuntut ilmu meskipun diri diratah usia yang semakin  meningkat. Untuk makluman kalian , aku dan keluarga sedang bercuti di Pulau Pangkor, Perak selama 3 hari 2 malam. Kami turut menjemput bapa dan ibu saudara (Pak Jang dan Mak Jang) sebagai pelengkap rombongan kerana mereka berdua antara ahli keluarga yang sangat rapat dengan kami. Dan Alhamdulillah, petang tadi dapat kami meneroka beberapa buah pulau dengan menaiki bot sewaan. Aktiviti pantai pun tidak ketinggalan. Bersuka ria, bergelak tawa dan menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan. Kecantikan yang sungguh menawan! Dan bila bercuti di sesuatu tempat, keluarga aku lebih suka mengutamakan masakan sendiri berbanding makan di luar. Lebih meyakinkan untuk dimakan dan lebih sedap menikmati air tangan keluarga berbanding masakan orang yang tidak dikenali. Maklumlah, 'style' oran

Pemurahnya Allah 💕

Bismillah. 📖 Moga kalian yang membaca dalam keadaan sihat dan kebaikan sentiasa. Zaman sekarang ni, hidup sebagai seorang pelajar agak sukar. Tambahan pula bila tak dapat elaun dan bantuan kewangan serta hanya bergantung pada duit yang diberi mak ayah sebagai duit belanja. Alhamdulillah, mak ayah aku dua-dua dah pencen. Tapi, aku still malu untuk minta duit bila poket kering. Malu sebab segala yang berkaitan dengan duit ni agak sensitif. Maklumlah, aku bukan anak Aliff Syukri. Mak aku pencen as kerani dan ayah sebagai penerbit rancangan. Tapi, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang secukupnya kepada keluarga aku sampailah badan aku berisi macamni kahkahkah. 😳 Point yang aku nak highlight sebenarnya ialah KEKUATAN SEDEKAH ! Aku ceritakan pengalaman aku bukan untuk membangga diri tapi untuk suntikkkan semangat kepada hampa utk berbuat kebaikan yang sama. 🌹 Pada suatu hari Jumaat, duit dalam dompet aku tinggal RM5 saja. Aku pun fikir, RM5 ni boleh beli makanan tengahari dan

Pengorbanan 🌹

Imej
Setiap kejayaan perlu kepada pengorbanan. Dan setiap pengorbanan, akan ada cabaran dan dugaan. Itulah lumrah hidup insan. Berpaut pada hikmah Tuhan. Aku dan kau, Masing-masing sedang berkorban. Berkorban untuk membuktikan ketulusan, Berkorban untuk melakar setiakawan, Berkorban untuk berpaksi kebenaran. Moga pengorbanan ini, Tidak bertopengkan kepentingan, Melingkar dalam hati yang penuh pendustaan. Biarlah pengorbanan itu sunyi, Kerna orang tidak mahu tahu apa yang kau disakiti dan dicaci, Apa yang kau hadapi dalam hari-hari yang membenci, Mereka hanya memasang telinga hanya pabila engkau peroleh apa yang diimpi. Itulah sifat pengorbanan sejati. Kabur di mata manusia , Jelas di mata mereka yg sentiasa di sisi.