Ceritera Petang π
Petang tadi, usai solat Asar di Masjid Arau, aku lepak kejap bersandar di penjuru kanan masjid menikmati udara dingin yang diproses aircond masjid. Fuh, nyaman sungguh rasanya! Yelah, Perlis setiap hari cuacanya panas litlit, tambah pula dengan musim membakar jerami padi yang sudah kering. Membuatkan jalan dan suasana agak berhaba. Tapi, bukan itu yang aku hendak cerita.
Setelah seketika duduk berehat, aku lantas mencapai beg lalu beredar meninggalkan masjid. Dan.... pandangan aku terjatuh pada kelibat seorang remaja yang sedang solat sendirian. Ya, aku kenal dia ni! Mufiduddin! Tunior sekolah aku! Lalu, aku memutuskan untuk menunggunya sehingga selesai solatnya.
Setelah Mufid selesai solat, dia terpandang kelibat aku yang sedang duduk menungg unya di belakang ruang solat. Tanpa dipanggil, Mufid terus berjalan ke arahku. Ya, Mufid ini antara junior yang aku rapat ketika di asrama dahulu. Banyak kisah yang di'bawang'kan kami berdua, dan rahsia- rahsia itu disimpan rapi sehingga kini! Hahaha.
Dan satu persatu soalan aku tentang perkhabaran di sekolah dilontarkan padanya. Seperti biasa, aku suka untuk bertanyakan hal-hal yang berlaku di asrama. Dan perbualan kami berlarutan sehingga pukul 5:45 petang Tiba-tiba, jeritan seorang perempuan memecahkan kesunyian di dalam masjid. Jeritan itu berulang kali, sehingga cukup untuk membuatkan perbualan aku dan Mufid tergendala seketika Mata aku meleret kepada seorang perempuan yang bertelekung ditampar dan diperlakukan dengan kasar oleh seorang lelaki ketika itu.
Sebelum kejadian itu berlaku, aku juga perasan kelibat beberapa orang yang memasuki ruang utama solat (sambil aku berbual dengan Mufid) Aku pelik. Nak dikatakan mereka itu hendak solat, tiada tanda-tanda mereka berwudhuk ataupun bersegera. Mereka masuk dalam keadaan mencari sesuatu dengan ekspresi wajah yang agak membimbangkan.
Perempuan bertelekung itu menjerit setelah ditampar oleh seorang lelaki dari kumpulan itu. Dan beberapa orang sempat menahan lelaki itu dari mengasari perempuan itu dengan lebih dahsyat. Beberapa penghadang kayu yang memisahkan ruang solat lelaki dan perempuan iuga iatuh berguguran tatkala pergelutan itu berlaku. Dentuman itu cukup kuat untuk didengari kami dan seorang lagi pakcik yang turut bersama Kami, melihat apa yang terjadi.
Aku, Mufid serta yang lain tak berani untuk masuk campur Ini kerana lelaki yang mengamuk itu iuga bertubuh besar dan tinggi. Tak pasal aku masuk hospital kalau bergelut dengan dia. Tapi, lelaki itu berjaya ditenangkan oleh seorang makcik yang turut berada di situ. Mungkin ahli keluarganya. Tapi, aku dapat hhat amarahnya memang membara sehingga dirinya tak henti-henti untuk mendekati wanita bertelekung itu tadi.
Pada ketika itu, otak aku ligat berfikir, apakah faktor2 kemarahan lelaki itu kepada wanita bertelekung itu? Sampai begitu sekali ketidakpuashatiannya diterjemahkan melalui tindakan melulu yang memudaratkan. Antara yang aku fikir ialah wanita itu adalah isterinya yang telah berlaku curang. (Tapi apa pasal dia berselindung di masjid?) Dan... persoalan ini membenak dalam fikiran aku pada waktu itu.
Kebetulan pada ketika itu, imam masjid ada di situ mendengar hiruk pikuk yang berlaku Imam masjid memainkan peranan dengan menyuruh lelaki tadΔ± bersabar. Dari gerak-geri lelaki tersebut, aku tahu dia seorang yang waras cuma amarahnya membuatkan emosinya tidak stabil seketika Aku dan Mufid, walaupun hanya menyaksikan pergelutan itu, tapi jantung kami sedang berdegup kencang selaju-lajunya juga kerana takut apa-apa yang berlaku kepada kami. (Kerusi terbang ke apa ke)
Dan keadaan bertukar menjadi reda apabila lelaki tadi keluar dari ruang utama solat menuju ke luar. Wanita bertelekung itu dipapah untuk bangun oleh beberapa orang dari kumpulan itu. Dan, makcik yang meredakan lelaki itu berjalan ke arah kami, menerangkan apa yang berlaku sebentar tadi. Kami mengangguk faham apa yang diceritakan dan yang terjadi. Rupanya, kemaraharn lelaki itu bersebab.
Usai mendengar penjelasan dari makcik itu, aku dan Mufid masing-masing keluar dari masjid untuk berpisah memandangkan keadaan langit yang agak gelap dihiasi dengan rintik-rintik air yang turun dari langit.
Sebelum aku dan Mufid berpisah, kami berswafoto sebagai memori bersama Foto tersebut, aku letakkan di hadapan sekali dari himpunan status ini, Terima kasih kalian kerana membaca Sejarah Gambar Ini Dirakam.
Oh yaa. Lupa untuk aku ceritakan sebab kemarahan sang lelaki itu tadi.
Seperti yang diceritakan oleh makcik tadi, wanita bertelekung itu ialah ahli keluarga lelaki yang mengamuk itu, Wanita itu sudah beberapa hari hilang dan tak dijejaki oleh ahli keluarga. Justeru, keluarganya merasa sangat bimbang dan membuat laporan polis. Dan dikatakan wanita itu menghidap penyakit mental. Dalam masa yang sama, wanita itu adalah graduan Master dan sedang melanjutkan atau sudah mendapat ijazah Doktor Falsafah. (aku tidak pasti sebab tidak mendengar dengan jelas)
Pada hemat aku, lelaki itu bertindak agresif kerana wanita itu menyusahkan ahli keluarganya kerana tidak pulang ke rumah. Dalam erti kata lain, marah kerana sayang. Adakah anda semua bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut? Dan apakah tindakan anda sekiranya anda berada di posisi lelaki terbabit? Terima kasih kerana membaca. Saya sudah tahu sebab apa novel laku teruk di pasaran.
Ulasan
Catat Ulasan