Mahasiswa Berbakti!

Assalamualaikum, salam cuti semester, salam sayang dan cinta dari kanda! Hahahaha. Aku doakan semoga semua pembaca dipermudahkan segala urusan, dilapangkan segala yang sempit, diluaskan rezeki serta peroleh apa yang diimpi. Ameeen!

    Cuti semester ini, aku tak merancang untuk bercuti ke mana-mana. Cukuplah sekadar menjadi penghabis beras di rumah. Dalam masa yang sama, aku teruskan rutin cuti aku dengan menjadi sukarelawan Aman Palestin. Sebenarnya, sejak zaman pasca-SPM lagi, aku telah menyumbang tenaga untuk Aman Palestin ini. 

Ramai yang bertanya kepada aku, berbaloi ke jadi sukarelawan Aman Palestin? Berapa sangat elaun yang dibayar? Tak bosan ke?

     Aku sebenarnya sudah lali dengan soalan sebegini. Hakikatnya, menjadi sukarelawan Aman Palestin ini mengajar aku banyak perkara.

Apa benda Aman Palestin ini? Kedai biskut ke?

Sebenarnya, ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak menyedari kewujudan Aman Palestin ini (aku ringkaskan menjadi AP), termasuklah diri aku juga pada suatu masa dahulu. Aku mula mengenalinya selepas menjadi sebahagian dari keluarga ISMA Kangar. Dari situ, aku mula mengenali Abang Hasnol yang merupakan Pegawai Aman Palestin cawangan Perlis. Dan dari situ jugalah aku diajak untuk turut bersamanya menggerakkan kerja-kerja di Aman Palestin ini.

      Aman Palestin ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
Nah, sekarang kalian sudah tahu kan.

       Sukarelawan AP ini hanya membantu gerak kerja pegawai-pegawai AP itu sendiri. Apabila disebut AP ini sebagai pertubuhan yang mengumpulkan sumbangan, maka apa yang terlintas di fikiran ampa? Duit! Ya, duit!

Tabung-tabung yang berasingan.
      Pada waktu awal-awal aku sebagai sukarelawan, tugasan mengira duit mengambil masa yang sangat lama. Bayangkanlah, dengan tenaga aku yang berseorangan diri sahaja terpaksa menghitung jumlah sumbangan yang terdapat dalam 15 tabung yang berasingan. Fuhhhh, nasib baiklah isinya tidak seberapa banyak. Iyalah, orang kita banyak sedekah online sahaja kan?

     Paling mencabar rasanya bila terpaksa mengumpul dan mengira duit note 1 ringgit yang warna biru tu. Kalau jumpa yang jenis terlipat, punyalah payah nak letak sekali. Itu satu. Yang kedua pula, duit 1 ringgit ni bukan sedikit ya. Beratus-ratus juga kalau nak kira. Nasib baiklah pejabat AP ada mesin mengira duit. Dapatlah memudahkan sedikit sebanyak kerja kita ini hahahahaha. Tapi, aku sebagai orang yang agak teliti, aku lebih suka mengira secara manual menggunakan tangan. Lebih yakin dan konfiden jumlahnya. Berbeza bila menggunakan mesin, kadang-kadang duit tersangkut dan terpaksa mengulang semula hitungan.

RM600 yang sudah dikumpulkan bersama.

       Dan akhir-akhir ini, aku berjaya mempengaruhi rakan-rakan aku untuk turut serta bersama menjadi sukarelawan. Jadi, kerja mengira dan menghitung menjadi cepat kerana bergerak dalam satu pasukan. Aku tak boleh bayang jika tiada sukarelawan yang membantu pegawai AP ini, pasti tugas mereka sangat banyak.

    Tapi, jika nak dibandingkan dengan wilayah lain yang lebih padat, Perlis antara wilayah dengan kutipan yang rendah. Iyalah, Perlis ini kecil saja pun. Penduduknya pun tidak sampai 350,000 orang. Itulah uniknya Perlis. Jalan tak jem macam di bandar-bandar lain. ‘Babi atas jalan’ pun tidak ramai hihihihi.

      Oh ya! Selain menghitung dan mengira, aku juga berfungsi sebagai driver untuk Abang Hasnol. Untuk pengetahuan semua, Aman Palestin Perlis perlu cover area kutipan di Pulau Langkawi. Maka, setiap bulan, pasti komitmen kerja perlu dilakukan di sana. Aku antara orang yang kerap menemani Abang Hasnol untuk ‘bercuti’ di Langkawi. Haha!

      Perlis dengan Langkawi ini tidaklah jauh mana. Hanya dipisahkan oleh lautan yang memerlukan feri untuk melintasinya yang mengambil masa hampir 1 jam perjalanan ke sana. Stesen feri Kuala Perlis lebih singkat perjalanan menaiki feri berbanding stesen feri Kuala Kedah. Aku rasa ini salah satu sebab kawasan Langkawi ini dipertanggungjawabkan kepada AP cawangan Perlis.

      Tiket feri ini ditanggung oleh pihak AP. Jadi, aku tidak perlu susah untuk keluarkan duit poket sendiri. Di Langkawi pula, kami bergerak dengan menyewa sebuah kereta. Bayaran itu bergantung juga pada musim. Jika musim sekolah, harga sewanya murah sahaja. Jika musim cuti, harga Yahudi Pokemon jugak kenderaan-kenderaan sewa ini.
Menunggu Abang Hasnol menyelesaikan kerjanya.

      Kereta Perodua Viva dan Myvi biasanya menjadi rezeki kami. Baru-baru ini, rezeki besar juga bilamana aku dapat drive kereta Toyota Vios baru. Terasa kaya di siang hari hahahaha. Bila sebut driver ini, aku hanya memandu kereta membawa Abang Hasnol ke lokasi-lokasi terletaknya tabung-tabung AP ini. Tabung AP ini diletakkan ke lokasi yang strategik seperti tempat berhimpun orang ramai, kedai-kedai, stesen minyak dan juga restoran. Terbalik pula bila di Perlis, Abang Hasnol menjadi driver van AP dan aku bertugas sebagai pengutip sumbangan dan pengangkat tabung-tabung (jika perlu digantikan dengan tabung yang baru atas faktor kerosakan dll).

      Aman Palestin juga bukanlah sekadar mengumpul sumbangan tetapi ia juga berperanan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang realiti situasi yang berlaku di Syria dan juga Palestin. Kami berkolaborasi dengan institusi pendidikan seperti sekolah dan juga masjid untuk menjayakan program ini.

Kenangan menjaga booth jualan bersama Faiz di SMK Syed Sirajuddin. 
      Sukarelawan seperti aku tidak lain tidak bukan adalah menjaga booth-booth jualan dan pameran yang disediakan. Alhamdulillah, inisiatif jualan barang-barang seperti baju, keychain, bendera, kopiah oleh Aman Palestin disambut baik dan disokong oleh masyarakat. Bagi aku, design-design barang yang AP jual ini semuanya cantik-cantik dan menarik sehingga aku pun tak terlepas untuk grab satu t-shirt design terkini AP ini.

Apa yang membuatkan aku begitu tekad menyumbang usaha dan tenaga untuk Aman Palestin ini?

Jika dikatakan elaun sebanyak RM4 sejam yang dibayar itu sebagai tujuan utamanya, tidak berbaloi langsung untuk aku duduk menghabiskan masa dan tenaga aku di situ. Lebih baik aku bekerja di restoran atau kedai mana-mana kan? Sekurang-kurangnya masa aku terbayar dengan lebih banyak duit yang dapat aku perolehi.

     Tapi, sedarlah sahabat-sahabat. Jika kita mengimpikan wang, wang tidak akan pernah cukup. Manusia sentiasa merasa tamak untuk perolehi semua yang diimpi. Ramai orang yang mampu bercakap ‘Aku bersyukur’ tetapi langsung tidak menghayati erti syukur yang sebenar.

     Aku rasa tidak perlu untuk aku ceritakan realiti situasi yang dihadapi penduduk di Palestin dan Syria ini. Semua sudah cukup maklum akan keadaan masyarakat di sana. Hak mereka dinafikan. Anak-anak diculik dan tidak dikembalikan. Rumah diroboh, tanah dirampas. Pemuda dan pemudi dibunuh rakus tanpa sebarang alasan yang munasabah. Nyawa mereka ini sangat murah dan hampir langsung tidak bernilai. Mereka tidur berbantalkan batu dan berbumbungkan langit. Ada juga yang mati dalam tidur akibat kesejukan yang melampau kerana tiada pakaian. Hospital dan sekolah-sekolah dibom. Anak-anak kecil dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan. Dan banyak lagi yang tak larat untuk aku tulis. Kekejaman terlalu banyak dan apakah kita di sini hanya mampu melihat dan mendengar kisah mereka?

     Tidak perlu hubungan sesama agama pun sebenarnya. Hakikatnya, respon sepatutnya yang berlaku adalah berteraskan sifat kemanusiaan. Adakah kau sanggup tidur lena sedangkan anak jiran sebelah rumah menangis teresak-esak menahan kelaparan?

    Cuba bayangkan kita berada dalam posisi mereka. Sudah pastinya kita akan kehilangan insan tersayang, kehabisan harta benda dan pastinya hidup kita tidak akan ke mana-mana. Maka, apa yang kau akan harapkan dari masyarakat dunia yang lain? Ya, begitulah juga mereka. Dan kadang-kadang, mereka berputus asa kerana taqdir yang menimpa mereka. Maka, apakah kita sudah bersyukur?

Anak-anak Palestin ini memerlukan sokongan dan bantuan kita semua!

       Abang Hasnol juga pernah berkongsi dengan aku apabila dia ditugaskan untuk ke Lubnan untuk menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa pelarian Syria yang berada di kem pelarian di Lubnan. Kem pelarian di sana terletak di lembah pergunungan. Ia tiada sistem saluran dan kumbahan yang efektif. Dan kem pula hanya terdiri dari khemah-khemah yang dibangunkan dengan kain sahaja. Pada musim sejuk pula, suhu disitu mencecah sehingga -11 darjah Celcius. Anak-anak kecil tidak tahu membaca dan menulis. Dan ada juga kes ibu bapa yang terpaksa mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang tersangat muda dengan lelaki tempatan demi masa depan anaknya yang lebih terjamin. Inilah kesan peperangan dan kerakusan. Menang jadi arang, kalah jadi abu.

Abg Hasnol mengagihkan bantuan kepada pelarian di Kem Pelarian di sempadan Lubnan-Syria.



      Kepada pemuda-pemudi di luar sana, jika punyai masa lapang, mohonlah untuk menjadi sukarelawan Aman Palestin. Inshaallah, ia akan menjadi saham pahala untuk kita kelak. Taburlah bakti kepada Islam. Jangan tanya apa yang agama boleh beri kepada kamu, tetapi tanyalah apa yang kamu boleh beri dan sumbang kepada agama!






Link Pendaftaran Sukarelawan Aman Palestin :


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bustan al-Salatin : Karya Emas al-Raniry

Pemurahnya Allah 💕

Cinta Ilmu 📖