10 Nasihat Imam Ibnu Qayyim Dalam Bersabar Berdepan Maksiat
10 NASIHAT IMAM IBNU QAYYIM DALAM BERSABAR BERDEPAN MAKSIAT Maksiat kepada Allah hanyalah membuatkan rezeki kita tertutup, hati kita tidak tenang, fikiran kita kusut, masa yang tidak barakah serta wajah yang muram. Mari kita hayati nasihat di bawah. علم العبد بقبح المعصية ورذالتها و دناءتها وأن الله حرمها ونهى عنها صيانة وحماية للعبد عن الرذائل.. كما يحمى الوالد الشفيق ولده عن ما يضره. (1) PERTAMA, hendaklah seorang hamba Allah itu menyedari betapa buruk, hina dan rendah perbuatan maksiat. Dan hendaklah dia memahami bahawa Allah mengharamkan serta melarangnya kerana mahu menjaga hambaNya daripada terjerumus dalam perkara-perkara keji dan rendah. Sebagaimana penjagaan seorang ayah yang sangat sayang kepada anaknya dan menjaga anaknya itu agar tidak terkena sesuatu yang membahayakannya. الحياء من الله... فإن العبد متى علم بنظر الله إليه ومقامه عليه وأنه بمرأى من الله و مسمع كان حييا يستحي أن يتعرض لمساخط ربه. والحياء أن تنفتح في قلبك عين ترى بها أنك قائم بين يدي