Catatan

Ramadhan : Hikmah & Kebaikan 🌙

Imej
Ramadhan : Hikmah & Kebaikan Bulan Ramadhan bulan yang berkat, 🎼 Bulan rahmat dan bulan utama, 🎵 Pahala digandakan, doa diterima, 🎶 Bulan Lailatul Qadar yang istimewa. 🎼 (Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat)  Alhamdulillah, kita bakal memasuki bulan Ramadhan sekejap sahaja lagi. Pejam celik pejam celik, 6 minggu PKP terasa sangat cepat. Pejam celik, Ramadhan pula menghampiri.  Apa khabar iman dan hati kalian? 😊 Moga Allah hadirkan ketenangan buat hati-hati yang menghayati tulisan ini. 💕 2 hari lepas, saya dijemput untuk memberi perkongsian buat ikhwah Pembina. Maaf sebab perkongsian ini diadakan secara atas talian dan hanya boleh diakses oleh ahli Pembina sahaja. Maka, saya ingin juga berkongsi dengan kalian melalui penulisan ini. Moga bermanfaat. 🤗 Sebagai seorang Muslim, kita sedia maklum bahawa ibadah puasa ini adalah salah satu dari kewajipan yang Allah taklifkan.  معلوم من الدين بالضرورة Maka, puasa yang disyariatkan ini a...

Mahasiswa Berbakti!

Imej
Assalamualaikum, salam cuti semester, salam sayang dan cinta dari kanda! Hahahaha. Aku doakan semoga semua pembaca dipermudahkan segala urusan, dilapangkan segala yang sempit, diluaskan rezeki serta peroleh apa yang diimpi. Ameeen!     Cuti semester ini, aku tak merancang untuk bercuti ke mana-mana. Cukuplah sekadar menjadi penghabis beras di rumah. Dalam masa yang sama, aku teruskan rutin cuti aku dengan menjadi sukarelawan Aman Palestin. Sebenarnya, sejak zaman pasca-SPM lagi, aku telah menyumbang tenaga untuk Aman Palestin ini.  Ramai yang bertanya kepada aku, berbaloi ke jadi sukarelawan Aman Palestin? Berapa sangat elaun yang dibayar? Tak bosan ke?      Aku sebenarnya sudah lali dengan soalan sebegini. Hakikatnya, menjadi sukarelawan Aman Palestin ini mengajar aku banyak perkara. Apa benda Aman Palestin ini? Kedai biskut ke? Sebenarnya, ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak menyedari kewujudan Aman Palestin ini (aku ringk...

Ada Apa Dengan Bertunang?

Imej
Assalamualaykum semua. 🤗 Rasanya sudah lama blog ini menyepi hahahaha. Kekangan masa dan juga lambakan aktiviti pengajian membantutkan sedikit sebanyak penulisan dan post di sini.  BERTUNANG : ADAT VS MODENISASI 💍 Kelmarin, sepupu aku di sebelah ibu telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, saudara Aiman. 🤵🏻     Kami yang merupakan team Perlis ini menyambut ketibaan rombongan pihak lelaki dari Negeri Sembilan! Jauh juga jodoh sepupu kali ini hahahahaha. Benarlah kata orang-orang tua,  "Jodoh itu tidak mengenal jarak dan usia". 💗💗💗      Sempena aku pulang bercuti semester di rumah ini, maka Pak Ngah (ayah sepupu yang bertunang) meminta aku untuk mengendalikan sesi bacaan tahlil dan juga doa selamat. Ini kerana ayah kepada Aiman baru saja meninggal dunia. Kalau diikutkan, jadual pertunangan ini lebih awal, tetapi disebabkan ayahnya yang sakit lalu meninggal dunia, maka ditangguhkan seketika untuk menghormati peras...

Ceritera Petang 🙃

Imej
Petang tadi, usai solat Asar di Masjid Arau, aku lepak kejap bersandar di penjuru kanan masjid menikmati udara dingin yang diproses aircond masjid. Fuh, nyaman sungguh rasanya! Yelah, Perlis setiap hari cuacanya panas litlit, tambah pula dengan musim membakar jerami padi yang sudah kering. Membuatkan jalan dan suasana agak berhaba. Tapi, bukan itu yang aku hendak cerita. Setelah seketika duduk berehat, aku lantas mencapai beg lalu beredar meninggalkan masjid. Dan.... pandangan aku terjatuh pada kelibat seorang remaja yang sedang solat sendirian. Ya, aku kenal dia ni! Mufiduddin! Tunior sekolah aku! Lalu, aku memutuskan untuk menunggunya sehingga selesai solatnya. Setelah Mufid selesai solat, dia terpandang kelibat aku yang sedang duduk menungg unya di belakang ruang solat. Tanpa dipanggil, Mufid terus berjalan ke arahku. Ya, Mufid ini antara junior yang aku rapat ketika di asrama dahulu. Banyak kisah yang di'bawang'kan kami berdua, dan rahsia- rahsia itu disimpan rapi se...

Abah 💞

Imej
Bismillah .🤗 Apa khabar kalian semua? Moga Allah sihatkan kalian yang sakit, Allah kuatkan kalian yang lemah dan Allah permudahkan urusan kalian yang rumit. (كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ) [Surat Ali Imran 185] " Tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati , dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu . Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya . Dan ( ingatlah bahawa ) kehidupan di dunia ini ( meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya ) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya ." Rasulullah SAW bersabda : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَع...

Cinta Ilmu 📖

Bismillah. Kepada kalian yang membaca, moga sentiasa dinaungi rahmat dan petunjuk Allah. Malam ni aku terpanggil untuk berkongsi tentang kepentingan menuntut ilmu meskipun diri diratah usia yang semakin  meningkat. Untuk makluman kalian , aku dan keluarga sedang bercuti di Pulau Pangkor, Perak selama 3 hari 2 malam. Kami turut menjemput bapa dan ibu saudara (Pak Jang dan Mak Jang) sebagai pelengkap rombongan kerana mereka berdua antara ahli keluarga yang sangat rapat dengan kami. Dan Alhamdulillah, petang tadi dapat kami meneroka beberapa buah pulau dengan menaiki bot sewaan. Aktiviti pantai pun tidak ketinggalan. Bersuka ria, bergelak tawa dan menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan. Kecantikan yang sungguh menawan! Dan bila bercuti di sesuatu tempat, keluarga aku lebih suka mengutamakan masakan sendiri berbanding makan di luar. Lebih meyakinkan untuk dimakan dan lebih sedap menikmati air tangan keluarga berbanding masakan orang yang tidak dikenali. Maklumlah, 'style' oran...

Pemurahnya Allah 💕

Bismillah. 📖 Moga kalian yang membaca dalam keadaan sihat dan kebaikan sentiasa. Zaman sekarang ni, hidup sebagai seorang pelajar agak sukar. Tambahan pula bila tak dapat elaun dan bantuan kewangan serta hanya bergantung pada duit yang diberi mak ayah sebagai duit belanja. Alhamdulillah, mak ayah aku dua-dua dah pencen. Tapi, aku still malu untuk minta duit bila poket kering. Malu sebab segala yang berkaitan dengan duit ni agak sensitif. Maklumlah, aku bukan anak Aliff Syukri. Mak aku pencen as kerani dan ayah sebagai penerbit rancangan. Tapi, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang secukupnya kepada keluarga aku sampailah badan aku berisi macamni kahkahkah. 😳 Point yang aku nak highlight sebenarnya ialah KEKUATAN SEDEKAH ! Aku ceritakan pengalaman aku bukan untuk membangga diri tapi untuk suntikkkan semangat kepada hampa utk berbuat kebaikan yang sama. 🌹 Pada suatu hari Jumaat, duit dalam dompet aku tinggal RM5 saja. Aku pun fikir, RM5 ni ...